BM    |    Eng
Selamat datang ke GivingIsGold.org

GivingIsGold adalah satu platform web unik yang memenuhi keperluan badan-badan kebajikan dengan menghubungkan mereka yang ingin memberi sumbangan. Melalui laman sesawang kami, orang ramai termasuk individu dan organisasi boleh menyumbang kepada badan pertubuhan amal yang berdaftar dengan kami dengan menderma barangan berdasarkan keperluan mereka. Secara tidak langsung, pendekatan ini dapat mengelakkan pembaziran dari berlaku.

Badan-badan kebajikan yang tersenarai di laman sesawang ini telah dinilai oleh pihak kami untuk memastikan setiap sumbangan yang diberi adalah berdasarkan keperluan semasa. GivingIsGold mampu menghubungkan anda ke rangkaian amal yang diakui di Malaysia dengan panduan untuk anda memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan memastikan mereka mendapat sumbangan berdasarkan keperluan yang mereka inginkan.

Sebagai satu platform yang menghubungkan penderma dan badan-badan kebajikan, pihak kami menggalakkan ahli komuniti atas talian untuk berhubung terus di antara satu sama lain tanpa sebarang niat untuk mengaut keuntungan dari sumbangan anda. Kami menggalakkan komuniti penderma untuk menyumbangkan barangan berkualiti yang anda miliki kepada badan amal yang memerlukan dengan berhubung terus dengan mereka untuk urusan penghantaran.

Cari :
 Kebajikan  Barang Derma
Kawasan :
Kata kunci :