BM    |    Eng
Polisi Penyertaan

Peserta di dalam Program GivingIsGold dikehendaki mematuhi Polisi ini.

1. Istilah

  • Ungkapan yang ditakrifkan dalam Program GivingIsGold - Terma & Syarat Penyertaan mempunyai erti yang sama di dalam polisi ini.


2. Tanggungjawab Peserta

  • 2.1 Peserta- peserta diingatkan bahawa setiap Peserta yang mengambil bahagian dalam Program GivingIsGold adalah berdasarkan asas kebajikan. Sehubungan itu, apabila menyertai Program GivingIsGold, Peserta mestilah bersopan semasa berurus dengan satu sama lain. Ini termasuk menjadi sopan dalam semua komunikasi serta menepati masa apabila mengumpul atau menghantar barang-barang.
  • 2.2 Ini adalah tanggungjawab Peserta untuk memastikan bahawa pengambilan atau penghantaran barang-barang dijalankan secara sah dan selamat.


3. Tanggungjawab- tanggungjawab Khas bagi Badan-badan Kebajikan yang diluluskan oleh GivingIsGold (“Selepas ini dikenali sebagai Badan Kebajikan)

Nota: Badan awam boleh mengenalpasti badan-badan amal yang dikendalikan oleh GivingIsGold jika ia dipanggil "Badan Kebajikan GivingIsGold"; tetapi ia tertakluk kepada keputusan anda untuk meletakkan apa-apa nama yang anda fikirkan sesuai)

  • 3.1 Apabila meminta sesuatu Barang yang disenaraikan pada Senarai Derma, Badan Kebajikan dikehendaki memastikan bahawa:-
    • mereka mempunyai seorang penerima yang benar-benar memerlukan Barang tersebut dengan segera dan untuk pengetahuan mereka, penerima itu tidak akan cuba menjualkan Barang tersebut, atau ia adalah Barang yang akan meningkatkan perkhidmatan yang diberikan oleh Badan Kebajikan kepada penerima;
    • mereka meminta sesuatu Brang yang diperlukan;
    • Barang yang diminta bukan sesuatu yang sudah disenaraikan pada Senarai Derma, melainkan Barang yang disenaraikan itu adalah berbeza dengan Barang yang diminta atau kaedah penghantaran tidak semunasabahnya dicapai oleh Badan Kebajikan (iaitu Badan Kebajikan yang memerlukan penghantaran apabila Barang yang disenaraikan memerlukan pengambilan);
    • mereka mempunyai cara yang selamat untuk mengumpul Barang tersebut sekiranya mereka menyatakan sedemikian;
    • mereka mempunyai cara yang selamat untuk menyimpan Barang sehingga ia telah diambil atau dihantar kepada penerima
  • 3.2 Badan Kebajikan mesti menguji dan menandai mana-mana peralatan elektrik yang didermakan melalui Portal GivingIsGold sebelum memberikan ia kepada penerima.
  • 3.3 Badan Kebajikan mesti menilai kesesuaian mana-mana Barang yang ingin diberikan kepada penerima berhasrat, ini termasuk sama ada kandungan Barang tersebut adalah selamat atau tidak.
  • 3.4 Badan Kebajikan tidak boleh meminta Barang yang telah didermakan itu dihantar terus kepada penerima. Tujuan ini adalah untuk melindungi ketanpanamaan dan keselamatan kedua-dua penerima dan Penderma, dan untuk memelihara maruah penerima.
  • 3.5 Badan Kebajikan yang meminta sesuatu perkhidmatan bagi pihak penerima mestilah:-
    • memastikan persekitaran dan / atau ruang kerja yang selamat untuk pembekal perkhidmatan serta penerima tersebut;
    • berpuas hati bahawa pembekal perkhidmatan itu adalah layak, dan dalam semua aspek yang lain, dia adalah sesuai untuk menyediakan perkhidmatan tersebut;
    • jika perlu, mendapatkan persetujuan penerima untuk mendedahkan apa-apa maklumat peribadi penerima dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan kepada mereka.
  • 3.6 Badan Kebajikan tidak boleh memilih Barang daripada Senarai Derma melainkan mereka boleh memenuhi keperluan-keperluan untuk pengumpulan, penghantaran dan / atau keperluan penyimpanan, jika ada, yang dinyatakan atau yang merupai akibat langsung kerana memilih Barang tersebut


Terma-terma dan Syarat-syarat

GivingIsGold adalah ditubuhi oleh Goldis Berhad (515802-U), Suite 28-03, Level 28, GTower, 199, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. Terma-terma dan syarat- syarat ini adalah terpakai sekiranya anda ingin mengambil bahagian dalam Program GivingIsGold. Jika anda tidak menerima terma-terma dan syarat-syarat ini, maka kami meminta anda untuk menahan diri dari mengambil bahagian dalam Program GivingIsGold.

1. Definisi-definisi

Definisi- definisi yang ditetapkan:

  • Badan Kebajikan bermaksud orang berkaitan dengan badan kebajikan, yayasan dan organisasi bukan kerajaan dan organisasi kerajaan dan golongan yang diluluskan oleh Goldis Berhad dalam Senarai Derma yang menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang kurang bernasib baik atau orang yang memerlukan bantuan;
  • Senarai Badan Kebajikan bermaksud senarai badan kebajikan yang dipilih dan berdaftar dengan Program GivingIsGold
  • Penderma bermaksud orang berusia lebih 18 tahun atau badan korporat yang sanggup menderma sesuatu Barang;
  • Senarai Derma bermaksud senarai Barang yang diminta oleh Badan Kebajikan;
  • Portal GivingIsGold bermaksud Senarai Derma atau sebarang platform derma atau perkhidmatan yang dibekalkan dalam laman web kami;
  • Program GivingIsGold bermaksud program dimana Penderma mendermakan sesuatu Barang dan Badan Kebajikan meminta dan memilih Barang tersebut melalui Portal GivingIsGold;
  • Barang bermaksud barang atau perkhidmatad yang disenaraikan di dalam Senarai Derma;
  • Peserta bermaksud Penderma dan Badan Kebajikan


2. Pindaan kepada terma-terma dan syarat-syarat

GivingIsGold berhak untuk mengubah, meminda, menambah atau memadam terma-terma dan syarat-syarat ini dari semasa ke semasa. Sila pastikan bahawa anda mengkaji semula terma-terma dan syarat-syarat kami ini setiap kali anda menggunakan Portal GivingIsGold. Penyertaan berterusan anda dalam Program GivingIsGold ini menandai pengakuan anda bahawanya anda mematuhi segala terma-terma dan syarat-syarat ini sebagaimana yang telah dipinda.

3. Bagaimana Program GivingIsGold berfungsi

Program GivingIsGold direka untuk menghubungkan kedua-dua Penderma dan Badan Kebajikan sahaja. Tiadanya hubungan agensi, perkongsian, usahasama atau pekerjaan diwujudkan atau timbul daripada Program GivingIsGold. Kami tidak mewakili atau bertindak sama sekali untuk Penderma atau Badan Kebajikan , tidak juga kami menyokong sebarang Penderma atau Badan Kebajikan. Kami hanya bertindak sebagai saluran yang pasif untuk penerbitan maklumat tentang barangan dan perkhidmatan yang diminta dalam Senarai Derma untuk tujuan minta derma sahaja. Kami tidak membantu dengan pengambilan atau penghantaran Barang. Kami juga tidak menyediakan kemudahan penyimpanan bagi apa-apa Barang. Oleh itu, pengambilan atau penghantaran Barang adalah tanggungjawab Peserta. Peserta bertanggungjawab untuk bertindak secara berhati-hati dan mengamalkan tingkah laku yang senonoh semasa menyertai Program GivingIsGold ini.

4. Keperluan Pendaftaran

Untuk penyertaan dalam Program GivingIsGold, Badan Kebajikan dan Penderma GivingIsGold mesti berdaftar dan memberi persetujuan secara muktamad kepada terma-terma dan syarat-syarat dalam Polisi Penyertaan dan Kenyataan Peribadi kami. GivingIsGold berhak untuk menolak, menggantung atau menamatkan pendaftaran anda dan / atau penyertaan anda mengikut budi bicara mutlak kami. Walaupun pendaftaran adalah percuma, ia tidak boleh dipindahmilik. Kami meminta anda supaya mendaftarkan butiran terkini anda dan bahawa anda tidak akan berkongsi butir-butir pendaftaran anda dengan mana-mana orang lain (iaitu butiran daftar masuk anda termasuk kata laluan anda).